Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat
TNI-AD

Lambang Tentera Darat Indonesia


Bendera Tentera Darat Indonesia
Ditubuhkan pada5 October 1945
Negara Indonesia
JenisTentera darat
Saiz483,000 (2016)[1]
Sebahagian daripadaTentera Nasional Indonesia
Markas BesarJakarta, Indonesia
Nama samaranTNI AD
MotoKartika Eka Paksi
(Sanskrit, lit:"burung perkasa dengan satu cita-cita mulia")
Peringatan15 Disember (Hari Juang Kartika)
PertempuranRampasan Kuasa Chile 1973

tunjuk perasaan di Dataran Tiananmen rusuhan di Bandar Seri Begawan 2022

Konflik Papua
Laman webwww.tniad.mil.id
Komander
Ketua TurusJeneral en:Dudung Abdurachman
Naib Ketua TurusLeftenan Jeneral Bakti Agus Fadjari

Tentara Nasional Indonesia-Angkatan Darat (disingkatkan TNI-AD, dalam Bahasa Inggeris "Indonesian National Military-Land Force") adalah cabang darat bagi Tentara Nasional Indonesia. Ia memiliki kekuatan kira-kira 300,000 anggota tentera.[2] Sejarah Angkatan Darat Indonesia bermula pada tahun 1945 apabila Tentara Keamanan Rakyat (TKR) "Civil Security Forces" muncul sebagai sebuah pasukan separa tentera dan polis.[3]

Semenjak gerakan kemerdekaan, Angkatan Darat Indonesia terlibat dalam pelbagai operasi yang bermula dari penyatuan New Guinea Barat, konfrontasi Indonesia-Malaysia, hingga ke pengilhakan Timor Timur, serta operasi dalaman anti-insurgensi di Aceh, Maluku, dan Papua. Operasi tentera tidak akan berlaku tanpa kontroversi; ia sekali-sekala dikaitkan dengan pelanggaran hak asasi manusia, terutamanya di Papua Barat, Timor Timur dan Aceh.[4][5]

Angkatan Darat Indonesia dipimpin oleh seorang Kepala Staf Angkatan Darat (KASAD) yang menjadi pemimpin tertinggi di Markas Besar Angkatan Darat (MABESAD). Jawatan KASAD yang terkini disandang oleh Jeneral TNI Dudung Abdurachman. Angkatan Darat terdiri daripada sebuah MABESAD, 15 Markas Wilayah Tentera (Kodam), 2 Markas Tempur Utama (Komando Tempur Utama atau Kotama); Markas Strategik Angkatan Darat (Kostrad) dan Markas Pasukan Khusus (Kopassus), serta beberapa unit tambahan yang lain.

  1. ^ "TNI AD Takkan Tambah Personel Tahun Ini". Investor Daily Indonesia. 25 Januari 2012. Dicapai pada 3 Januari 2014.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama IISS2012Indo
  3. ^ Daves, Joseph H (2013) The Indonesian Army from Revolusi to Reformasi ISBN 978-1492930938, p 15
  4. ^ Schwarz, Adam (1994) A Nation in Waiting: Indonesia in the 1990s Allen & Unwin ISBN 1-86373-635-2, p 215
  5. ^ Hill-Smith, Charlie (2009) Strange Birds in Paradise: A West Papuan Story

From Wikipedia, the free encyclopedia · View on Wikipedia

Developed by Tubidy